Bantu Kami Beri Makan Kepada Anak-Anak Tahfiz

Sumbangan Anda, Masa Depan Mereka

  • Di Maahad Tahfiz Annur Diniah, setiap hari adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada ilmu dan Al-Quran.
  • Namun, anak-anak tahfiz kami sering kali menghadapi kekangan untuk mendapatkan makanan dan minuman yang mencukupi.
  • Kami memerlukan bantuan anda untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang mereka perlukan untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu.

Kenali Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nur Diniah

  • Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nur Diniah (MTAAND) telah mula beroperasi sebagai sebuat pusat tahfiz pada tahun 2017, namun pendaftaran secara rasmi pada tahun 2018
  • MTAAND terletak di Jalan Kuala Sanglang, Kangar, Perlis.
  • Bukan mudah proses untuk membuka sebuah pusat pengajian ini, kerana ianya memerlukan banyak kos dan komitmen tenaga pengajar.
  • Namun Alhamdulillah, usaha ini telah berjaya dan terkini MTAAND mempunyai 18 orang pelajar yang sedang menghafal al-Quran dan mendalami ilmu agama.
Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nur Diniah telah didaftarkan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) pada 6 Ogos 2018.
Lokasi MTAAND di Google Map

Mengapa Sumbangan Anda Penting?

Kepentingan Nutrisi

Makanan yang seimbang adalah asas kepada pembelajaran yang efektif. Dengan menyumbang, anda membantu anak-anak tahfiz kami untuk kekal sihat dan bertenaga.

Pahala Berlipat Ganda

Setiap kali seorang pelajar membaca dan menghafal Al-Quran, anda akan mendapat ganjaran yang setimpal.

Membina Generasi Al-Quran

Pelaburan anda hari ini adalah untuk masa depan generasi yang lebih baik, yang akan menjadi pemimpin dengan asas ilmu yang kukuh.

Anggaran Kos Makanan Seorang Pelajar

RM
Jumlah Diperlukan Untuk Sehari
RM
Jumlah Diperlukan Untuk Sebulan
Jumlah ini sebenarnya sudah melebihi yuran bulanan yang mereka bayar. Oleh itu, sumbangan anda dalam bentuk tunai amatlah diperlukan untuk menampung kekurangan ini.

Bagaimana Anda Boleh Membantu?

Sumbangan Wang Tunai

Anda boleh bantu kami dengan menyumbang untuk tampung kos makanan. Setiap sumbangan, besar atau kecil, akan memberikan impak yang besar dalam kehidupan anak-anak tahfiz ini.

Tular & Kongsikan

Jika anda tidak dapat membantu dari segi kewangan, anda boleh membantu dengan berkongsi no acc ini dengan rakan dan keluarga anda. Bersama-sama, kita boleh mencapai lebih banyak.
DIRECT TRANSFER KE AKAUN MAAHAD

0901 0010 0778 58

Tetuan Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nur Diniah
BANK ISLAM

Mari Bersama Kita Membina Masa Depan

Anak-anak tahfiz ini adalah harapan ummah.
Dengan sumbangan anda, mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam menghafal dan mempelajari Al-Quran tanpa risaukan makanan dan minuman mereka.
Jom, bersama kita berkongsi rezeki dan pahala!
Ayuh Sumbang Sekarang!
Disclaimer :
1. Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
2. Sekiranya kutipan sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan digunakan bagi menampung kos operasi MTAAND dan lain-lain urusan berkaitan tahfiz.