Jom Konsisten Sedekah Anda Dengan Cara Yang Lebih Mudah

Leceh dalam membuat transfer
Malas untuk buka telefon setiap hari
Memerlukan masa yang lama untuk menggunakan internet & tidak tahu ingin bersedekah di mana
Ini merupakan antara SEBAB KITA PUTUS ASA dalam konsisten untuk menderma, betul tak ?
Settlekan semua masalah di atas dengan menggunakan Direct Debit (Autotransfer) sahaja !
DIRECT DEBIT ini akan akan dapat bantu anda bersedekah secara automatik setiap sebulan sekali, jadi anda pun dapat bersedekah dengan mudah !

Berkati Hari Anda Dengan Bersedekah

Adakah anda berhadapan dengan situasi sebegini ?
  • Perlu menyiapkan tugasan dan ‘deadline’ sudah hampir
  • Perlu menghadiri temuduga bekerja
  • Perlu bekerja keras setiap hari demi keluarga
  • Memerlukan ketenangan hati
Ketahuilah, melalui amalan BERSEDEKAH, Allah SWT pasti akan memudahkan urusan harian kita.

Mereka berdedikasi untuk memelihara Al-Quran. Jika bukan kita yang bantu, siapa lagi ?

Mengumpulkan dana adalah langkah penting dalam usaha kami untuk :
  • Menyokong 10 orang pelajar belajar secara percuma dalam tempoh 4 tahun.
  • Membina asrama yang lebih selesa.
  • Menyediakan makanan dan minuman yang berkhasiat.
  • Memberikan kemudahan pembelajaran yang lengkap dan kondusif.
  • Membina generasi al-Quran.

Apa Akan Berlaku Jika Anda Tidak Menyokong Hasrat Ini?

  • Tanpa sumber kewangan yang mencukupi, kemudahan dan sumber pendidikan yang diperlukan untuk memastikan pelajar mendapat ilmu yang berkualiti menjadi terhad dan mungkin akan berhadapan dengan kekurangan dalam bekalan ilmu yang sepatutnya mereka perolehi.
  • Lebih parah lagi, ilmu dan pendidikan yang kurang mantap boleh mengakibatkan kesukaran bagi pelajar untuk menyampaikan dan meneruskan ilmu tersebut kepada generasi seterusnya.
  • Ini bermakna, tanpa sokongan kewangan yang mencukupi, bukan sahaja generasi semasa yang terjejas, tetapi juga generasi akan datang yang mungkin kehilangan akses kepada warisan ilmu yang berharga ini.

Kenali Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nur Diniah

Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nur Diniah (MTAAND) telah mula beroperasi sebagai sebuat pusat tahfiz pada tahun 2017, namun pendaftaran secara rasmi pada tahun 2018. MTAAND terletak di Jalan Kuala Sanglang, Kangar, Perlis. Bukan mudah proses untuk membuka sebuah pusat pengajian ini, kerana ianya memerlukan banyak kos dan komitmen tenaga pengajar. Namun Alhamdulillah, usaha ini telah berjaya dan terkini MTAAND mempunyai 18 orang pelajar yang sedang menghafal al-Quran dan mendalami ilmu agama.
Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nur Diniah telah didaftarkan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) pada 6 Ogos 2018.
Lokasi MTAAND di Google Map

Jom Bantu Pelajar Tahfiz dengan Sedekah RM1 Sehari

Bayangkan dengan hanya RM1 sehari, anda boleh menjadi sebahagian daripada usaha besar untuk membantu melancarkan lagi operasi tahfiz. Walaupun kecil jumlahnya, RM1 sehari mampu membawa perubahan yang besar.